Selasa, 18 November 2008

indonesia kecewa

‘Tidak kesampaian dan tidak bernasib baik’ hanya itu komentar si Rudy teman sepejabat dari PT Yung Shin Pharma. yang kebetulan berada di Kuala Lumpur. Tadi malam saya berserta 2 teman yang lain telah dijemput Rudy ke apartmentnya untuk menyaksikan perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka edisi ke38. Perlawanan akhir antara Indonesia menentang Myanmar itu dibawakan secara langsung dari Stadium Shah Alam (kabarnya turut disiarkan Live di Indonesia).



Sebaik sahaja sepak mula dilakukan Indonesia terus menyerang bertubi-tubi, tanpa memberi peluang kepada Myanmar untuk menyerang balas. Pasukan Myanmar sering terperangkap dalam perangkap Offside pertahanan Indonesia. Hampir keseluruhan 45 minit yang pertama dikuasai oleh Indonesia. Separuh masa yang pertama ditamatkan tanpa sebarang gol.



Sebaik sahaja separuh masa yang kedua bermula, Indonesia menyerang lagi, dua kali goal post Myanmar bergegar hasil tandukan Bambang Pemungkas (pemain yang beraksi untuk Selangor).....tiada siapa yang lebih kenal akan stadium ini, selain dari Bambang Pemungkas sendiri, kerana stadium ini adalah Home Ground buat pasukan Selangor. Tahun yang lalu Bambang Pemungkas adalah Leading Scorer dalam Liga Super dan amat-amat digeruni di Stadium Shah Alam ini. Selain dari Bambang Pemungkas, Alie Aiboy dan Ponario Astaman juga beraksi dalam Liga Super di Malaysia.



Indonesia yang jelas pasukan yang lebih gagah membazirkan banyak peluang yang dicipta terutamanya pada babak kedua yang menyaksikan mereka berputih mata di hadapan 20,000 penonton mereka yang tetap gagah hadir dengan mengharungi hujan lebat sebelum perlawanan itu.



Skuad Merah Putih bermula garang selepas rehat dengan larian kencang dari kanan yang diakhiri dengan rembatan silang hanya beberapa inci tersasar dari tiang kiri. Kisah sama berlaku selepas itu dengan Boas Salossa mensia-siakan hantaran lintang cantik Atep dari kanan dengan menanduknya keluar.



Tanpa disangka-sangka, Myanmar melakukan kejutan apabila serangan balas yang jarang dilakukan mereka menemui hasil apabila hantaran sisi Khin Maung Tun disambut penjaring gol penyamaan mereka ketika menentang Malaysia, Khaw Thu Ra yang meletuskan rembatan kencang menuju bucu atas kanan dengan Samsidar tertewas pada minit ke-62.



Ketua pasukan Myanmar, Soe Myat Min melebarkan jurang buat mereka apabila menyambung tandukan Si Thu Win daripada sepakan sudut Min Thu, ke arah gol lima minit sebelum berakhirnya perlawanan.



Namun, kisahnya tidak berakhir di situ selepas penyerang gantian, Zaenal Arif menanduk masuk hantaran lintang Erick Setiawan, dua minit selepas itu yang akhirnya sekadar sagu hati buat skuad Merah Putih.



Terus terang saya juga turut kecewa dengan kekalahan pasukan Indonesia, mungkin kerana Myanmar telah mengalahkan Malaysia di semi final, maka buat pertama kali saya telah menyokong/support musuh tradisi……hehehe...

Tidak ada komentar: